Friday 12 June 2020

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified Trainer dibawah Master Shiro Global Academy. Kursus yang dikenali sebagai Evenchise Transformation Course ETC dan Train The Trainer TTT ini telah bermula dari 8 Jun 2020 hingga 10 Jun 2020.





Ini merupakan siri kesebelas anjuran akademi menggunakan kaedah video rakaman. Kaedah ini telah memberi impak positif kerana para peserta lebih mudah malah mampu menguruskan masa sendiri untuk melaksanakan tugasan.Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah bagi memastikan usahawan e-book store benar-benar memahami konsep perniagaan malah mampu menjadi tenaga pengajar yang baik kelak disamping menjana pendapatan lumayan.







Kesemua peserta juga telah lulus dengan cemerlang dalam ujian yang disediakan dan tanggal 10 Jun 2020 , jam 9.30malam kesemua peserta ditauliahkan secara live melalui aplikasi Zoom. Kursus kali ini merakamkan sejarah kerana buat pertama kali dilaksanakan melalui dalam talian malah paling ramai penyertaan. Bukan itu saja, peserta adalah daripada pelbagai latarbelakang profesional hingga merentas benua hingga ke Ireland. Tahniah kepada semua Certified Trainer kursus ETC&TTT siri 11/2020!







Thursday 7 May 2020

'Wak J' Ikhlas Hiburkan Masyarakat di Waktu PKP



Norafiszal Sabuan atau lebih dikenali sebagai Wak J. Merupakan seorang Freelance DJ memeriahkan malah menghidupkan pelbagai majlis keraian seperti yang dikehendaki pelanggan. Beliau yang juga anggota TUDM yang penuh dedikasi turut menjadi keutamaan mengacarakan majlis-majlis anjuran perkhidmatan. 


Kepetahan komunikasi  dan keyakinan diri yang tinggi telah membantu menjayakan apa jua majlis. Namun, terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP baru-baru ini, beliau tidak dapat meneruskan perniagaan sampingan iaitu sebagai DJ dimajlis perkahwinan serta keraian. Namun kerana jiwa yang ikhlas menghiburkan orang ramai, beliau telah menjadikan PKP ini sebagai medan mewujudkan konti radio sendiri di rumah menggunakan Facebook Live untuk menghiburkan masyakarat pada setiap malam. 


Pada mulanya hanya suka-suka tetapi malam pertama sahaja beliau berjaya mendapat lebih 10 ribu views penonton!. Tanpa memandang kebelakang beliau teruskan setiap malam hingga kini dan waktu siaran biasanya bermula jam 10malam dan mempunyai tema lagu berbeza. Kini sempena Ramadhan, beliau juga bersiaran di waktu petang apabila lapang. Kesan dari tarikan ramai, beliau turut membantu mempromosi produk perniagaan rakan-rakan malah menyampaikan mesej #stayathome kepada masyakarat. 


Bukan itu saja, Wak J turut mengusahakan perniagaan kerepek pisang tanduk homemade beliau dan dijual di kawasan perumahan Saujana Utama Sg Buloh. Didalam perkhidmatan TUDM, wak J membuktikan kecemerlangan apabila pernah dipilih sebagai Airmen of the year oleh TUDM. Sikap positif Wak J boleh dijadikan contoh kepada masyarakat bahawa gunakan apa kepakaran yang ada untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat Wak J event management boleh berhubung seperti di pautan berikut:

https://wapp.my/60127821665/Hello+waj+J+event

FB Santai.fm
https://www.facebook.com/Santaifm-102561784758613/


========================


Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?


Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?



Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog






Sunday 3 May 2020

Keropok GETEL ori 'Ganu' Peneman Ramadhan




Keropok Getel ORI atau lebih dikenali Keropok Lekor Terengganu Asli Saujana Utama Sungai Buloh Selangor terus beroperasi sepanjang PKP malah Ramadhab ini terus memastikan pelanggan setia mendapat bekalan.

Bagi penduduk sekitar Saujana Utama Sg Buloh, tidak dibafikan rasa gabungan kelembutan keropok lekor bersama keenakkan cheese dan mayonis memang sudah menyebabkan mereka 'ketagih' sebagai juadah sekeluarga ..superrbbb sedap kata orang!

"Dicicah pula dgn sos pencicah homemade by keropok getel...perghhh terangkat abis". Maklumat yang shiroacademynews.blogspot.com terima dari pelanggan melalui pesanan WhatsApp.

Sepanjang PKP dan Ramadhan, para pelanggan boleh lakukan pesanan dan penghantaran akan diuruskan oleh Cik Sue dan staf keropok getel ori beliau.

Berikut adalah kaedah pesanan:

Terima kasih kerana mnghubungi KEROPOK GETEL ..🥰

Sila pilih slot penghantaran anda.😊😊

SLOT 1 👉 5.00 pm
SLOT 2 👉  5.30 pm
SLOT 3 👉  6.00 pm
SLOT 4 👉  6.30 pm
SLOT 5 👉 6.45 pm
SLOT 6 👉 7.00 pm


*PENGHANTARAN PERCUMA*



Layari FB https://www.facebook.com/keropok.getel.3
 Hubungi

https://wapp.my/601137451489/Order+kepok+

========================


Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?


Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?



Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog


Tuesday 28 April 2020

NAJAT ROSDI GADIS PRIHATIN DEMI FRONTLINER COVID-19



Kerja-kerja sukaralewan dilihat makin menjadi pilihan anak muda Malaysia sejak PKP dilaksanakan bagi membendung penularan covid19. Disaat kerajaan dan NGO bersusaha memberi bantuan, makin ramai individu turut bangkit lebih-lebih lagi terinspirasi dengan perjuangan Ustaz Ebit Lew.
Begitu juga bagi seorang gadis, Najat Rosdi yang  merupakan seorang aktivis sukaralewan sejak beberapa tahun lalu hingga membawa beliau hingga ke Syria dibawah misi mediCom Malaysia.





Kali ini Najat memilih untuk memberi sumbangan berbentuk sajian kepada frontliner yang bertugas sepanjang PKP. Berikut adalah pesanan yang dihantar kepada editor academyshironews.com melalui WhatsApp agar masyarakat turut membantu memberi sumbangan.
-----------------------------------------------------

Ada banyak pintu untuk masuk syurga Allah. Salah satunya pintu sedekah.

Jika ada sesiapa ingin wakilkan saya untuk memberikan sumbangan Pizza Rico's kepada mana-mana FRONTLINER KKM, POLIS, TENTERA & lain-lain atau ingin membeli sendiri untuk dimakan di tempat kerja & bersama keluarga dirumah boleh hubungi no telefon saya dibawah tu...untuk maklumat lanjut.

Saya ingin memberikan sumbangan Pizza Rico's kepada FRONTLINER KKM dan PDRM/ATM di sekatan jalanraya.

Sumbangan tidak terhad jumlah.  Nak menyumbang sedikit pun boleh nak memberi banyak pun boleh sangat.

Whatsapp Najat Rosdi II : www.wasap.my/+60192335731

#ricospizza
#takoyaki #spicysaltedeggcornflakes

#MediCOM
#MEDICOMMALAYSIA
#RICOSPIZZA
#KEBAJIKANTANPABATASAN
#FRONTLINER
#COVID19

Ayuh rakyat Malaysia kita terus meriahkan aktiviti sukarelawan.

========================





Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?



Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?



Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog





Monday 27 April 2020

Demi Arwah Ayah, Pemuda Bangkit Bantu Masyarakat Terjejas PKP



Sudah hampir seminggu kelihatan seorang pemuda bersama ahli keluarga giat memikul barangan keperluan untuk disumbangkan kepada masyarakat setempat yang terjejas dengan PKP. Zulhilmi Tajudin atau lebih mesra dengan panggilan Amy, seorang pemuda ceria dari Kota Damansara yang terpanggil membantu kejiranan beliau yang memerlukan bantuan tanpa menunggu sebarang NGO. 


Ketika berhubung dengan academyshironews.com, beliau memaklumkan idea ini datang apabila beliau dan keluarga ingin mengadakan kenduri untuk arwah ayah namun kerana PKP, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan. Beliau akhirnya memilih untuk menukar cara dengan memberi sumbangan keperluan dapur kepada masyarakat setempat yang terkesan dengan PKP. Ditambah pula sempena Ramadhan beliau lebih bersemangat teruskan usaha ini. Tidak dinafikan, kisah perjuangan Ust Ebit Lew juga memberi inspirasi kepada beliau. Dalam pelaksanaan penyerahan sumbangan, Amy menitikberatkan nasihat KKM seperti penjarakkan sosial dan pemakaian topeng muka apabila menyampaikan sumbangan. 






 Beliau pada mulanya menggunakan duit yang dikumpul sekeluarga namun setelah usaha beliau nampak positif, lebih ramai individu yang turut menyalurkan sumbangan kepada beliau bagi meneruskan usahan murni ini. Apa yang dilakukan oleh Amy dan keluarga ini boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat untuk bangkit bantu-membantu tanpa mengira latarbelakang kita. Tahniah!



Bagi yang ingin menyumbang boleh Hunbungi Amy di pautan berikut

https://wapp.my/60102651890/Nak+menyumbang+


========================





Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?



Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?



Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog




Saturday 25 April 2020

Manfaat Membaca Semasa PKP




Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghentikan rantaian virus covid19 telah memberi satu pengalaman baru kepada rakyat Malaysia. Setelah sebulan 'terkurung' di dalam rumah, pelbagai aktiviti dilakukan bersama keluarga. Namun aktiviti membaca juga boleh memberi banyak manfaat untuk semua. Menurut kajian, antara 3 manfaat membaca adalah seperti berikut:

1. Cerdaskan minda
Apabila berkurung di rumah maka pemikiran boleh menjadi tepu dan tidak cerdas. Ini disebabkan oleh penurunan aktiviti normal yang melibatkan penerimaan input baru semasa bertugas. Maka dengan membaca, otak akan sentiasa aktif menerima input yang baru.

2. Menyihatkan tubuh badan
Ramai tidak menyedari bahawa membaca juga mampu menyihatkan tubuh badan. Ini kerana apabila membaca, kita menjadi fokus dan berfikir menyebabkan aliran darah berjalan lancar ke otak. Bila aliran darah lancar maka tubuh juga sihat.

3. Hilangkan stress
Ini amat penting. Stress merupakan sejenis serangan yang kita tidak sedar simpton. Bahan bacaan yang pelbagai mampu menghindarkan kita dari gejala stress. Bacalah buku yang anda minat.

Apa lagi, jom dapatkan buku atau sebarang bahan bacaan. Hidupkan budaya membaca di rumah.

========================


Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?

Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?

Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog



Thursday 23 April 2020

PKP Buka Peluang Keusahawanan Graduan Kolej Komuniti-Inspirasi






Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan  bagi memutuskan rantaian virus covid19 telah memberi kesan kepada ramai golongan. Bagi Mohd Iqbal iaitu graduan bidang perhotelan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka, turut terkesan kerana tidak dapat meneruskan tugas kerana masih berstatus kontrak. Namun segalanya berubah kerana PKP ini merubah hidupnya untuk memulakan aktiviti keusahawanan hasil dari ilmu yang dipelajari dahulu dalam bidang masakan. Sepanjang PKP beliau memulakan perniagaan makanan ringkas iaitu Cheesee blackpepper Meatball dan Chicken ball di kawasan perumahan beliau sahaja di Kota Damansara. Harga pula amat berpatutan iaitu set besar RM30 dan set kecil RM7. Penghantaran dilakukan sendiri dua kali sehari.




Sewaktu dihubungi oleh academyshironews.com,beliau akan menyediakan khidmat yang sama sepanjang Ramadhan. Bagi beliau ini merupakan nikmat yang beliau tidak jangka kerana dalam sehari dapat 20-30. tempahan. Kisah Iqbal ini boleh menjadi inspirasi kepada golongan muda agar kreatif menggunakan kemahiran yang ada untuk menceburi bidang keusahawanan. Bagi penduduk Kota Damansara yang mahu merasai keenakan menu dari Iqbal boleh whapsapp beliau dipautan dibawah. Pihak academyshironews.com juga telah merasai air tangan beliau dan tidak dinafikan memang setanding menu di cafe masakan barat lain.


https://wapp.my/60169600395/Nak+order



========================



Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?
Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?
Hubungi admin segera.

https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...