Monday 27 April 2020

Demi Arwah Ayah, Pemuda Bangkit Bantu Masyarakat Terjejas PKP



Sudah hampir seminggu kelihatan seorang pemuda bersama ahli keluarga giat memikul barangan keperluan untuk disumbangkan kepada masyarakat setempat yang terjejas dengan PKP. Zulhilmi Tajudin atau lebih mesra dengan panggilan Amy, seorang pemuda ceria dari Kota Damansara yang terpanggil membantu kejiranan beliau yang memerlukan bantuan tanpa menunggu sebarang NGO. 


Ketika berhubung dengan academyshironews.com, beliau memaklumkan idea ini datang apabila beliau dan keluarga ingin mengadakan kenduri untuk arwah ayah namun kerana PKP, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan. Beliau akhirnya memilih untuk menukar cara dengan memberi sumbangan keperluan dapur kepada masyarakat setempat yang terkesan dengan PKP. Ditambah pula sempena Ramadhan beliau lebih bersemangat teruskan usaha ini. Tidak dinafikan, kisah perjuangan Ust Ebit Lew juga memberi inspirasi kepada beliau. Dalam pelaksanaan penyerahan sumbangan, Amy menitikberatkan nasihat KKM seperti penjarakkan sosial dan pemakaian topeng muka apabila menyampaikan sumbangan. 






 Beliau pada mulanya menggunakan duit yang dikumpul sekeluarga namun setelah usaha beliau nampak positif, lebih ramai individu yang turut menyalurkan sumbangan kepada beliau bagi meneruskan usahan murni ini. Apa yang dilakukan oleh Amy dan keluarga ini boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat untuk bangkit bantu-membantu tanpa mengira latarbelakang kita. Tahniah!



Bagi yang ingin menyumbang boleh Hunbungi Amy di pautan berikut

https://wapp.my/60102651890/Nak+menyumbang+


========================





Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?



Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?



Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog




No comments:

Post a Comment

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...