Tuesday 14 April 2020

CIKGU SALINA- Ibu Tunggal Bangkit Anjur Kelas Smart Matematik Secara Online




Tidak dapat dinafikan, apabila seorang isteri kehilangan suami tercinta disaat sedang bersama mendidik anak-anak tercinta. Namun lumrah kehidupan, Allah SWT lebih menyayangi insan yang kita cintai. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita kental yang bangkit setelah Arwah suami tercinta dijemput Ilahi pada Julai 2016. Arwah bonda dan ayahnda tercinta juga telah pergi buat selamanya sebelum itu. Dalam masa terdekat, beliau kehilangan insan-insan tersayang yang menyebabkan beliau hampir putus asa dalam hidup. Namun demi anak-anak, beliau perlu bangkit. Beliau bangkit bukan sahaja untuk anak-anak tetapi terpanggil untuk membantu anak masyarakat untuk bijak matematik mengikut kaedah istimewa beliau. Nota inspirasi shiroacademynews.blogspot.com berjaya mengupas kisah hidup wanita cekal ini.


CIKGU SALINA BINTI MOHAMED ISAK
Lulusan Diploma Profesional dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Universiti Malaya (UM), Diploma Sains Komputer dari UniTAR KL, Diploma Grafik Komputer & Rekabentuk dan Advance Diploma  Multimedia dari Cosmopoint (KL), dan juga Pendidikan Tertinggi dalam Ijazah Sarjana Muda (BA Hons Business Admin) dari City University.



Beliau terlibat dalam menguruskan Pusat Tuisyen Malkhah ( sejak 1996 ) dan juga  Malkhah Managemnet & Training Consultant ( yang dikenali dengan MMTC ) dan kini telah dikenali dengan nama rebranding sebagai Genius Rich Training (GRT) dan menekankan kemahiran membaca untuk kanak-kanak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (pelajar 6 - 9 tahun) mengajar dalam mata pelajaran Matematik (pelajar berusia enam hingga 13 tahun) terutama pelajar gred rendah sejak 24 tahun yang lalu sehingga kini. Melibatkan dirinya dalam pembangunan modul matematik yang dipanggil Speed Maths (Tahap 1 & Tahap 2) dan Matematik Sistem Qhawarizmi yang kini digunakan sebagai modul utama kami untuk pelajar sejak tahun 1999.

Bukan sahaja bertindak sebagai Home Tutor (sejak 2010), untuk subjek matematik yang meningkatkan kemahiran untuk pelajar kelas rendah, beliau juga merupakan seorang Trainer Brain Development dan terlibat dalam penyelidikan pembangunan otak yang melibatkan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kg Melayu Subang yang mengalami masalah akademik dan disiplin pada tahun 2004. Pada April 2013, beliau terlibat dalam Preview Program Speed Maths di Sekolah Kebangsaan Teluk Pulai, Klang dan 2014 beliau juga terlibat dalam Program Speed Maths di Sekolah Kebangsaan Kg Melayu Subang. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya mengendalikan sebuah Bengkel Matematik untuk pelajar yang mendapat gred di bawah 30 markah di sekolah yang sama pada Mei 2014.




Pada tahun 2015, merupakan tahun yang tragis dan melemahkan semangat beliau. Pemergian ibu tercinta Allahyarhamah Sarifah Be Bt Noordin ke rahmatullah. Allahyarhamah bukan sahaja merupakan seorang ibu yang tercinta, malah juga merupakan seorang sahabat karib dan juga rakan kongsi bersama-sama jatuh bangun dalam bisnes yang diceburi sejak tahun 1996 lagi.

Selepas selesai tempoh berpantang, beliau nekad dan cuba bangkit demi kelangsungan kebajikan anak-anak. Walaupun tiada ibu ayah dan suami tercinta disisi untuk memberi sokongan, beliau bangkit demi anak-anak
Memegang kata-kata “yang pergi tetap pergi, dan kita yang masih hidup kena teruskan jua perjuangan” beliau bangkit demi anak-anak.

Pada September 2016, merupakan langkah pertama untuk beliau mulakan semula bidang pendidikan yang telah lama di tinggalkan sejak kehilangan ibu tercinta pada 2015.
Bukan mudah untuk memulakan perniagaan semula. Pada masa itu beliau hanya bergerak seorang sahaja , menguruskan bengkel-bengkel, kelas tuisyen hanya dari rumah. Tiada premis perniagaan.
Beliau bergerak dari rumah ke rumah pelajar untuk mengajar. Sekiranya ada untuk bprogram bengkel beliau akan menyewa bilik-bilik seminar. Alhamdulillah kawan banyak menolong dengan mengenakan yuran sewaan dengan kadar yang berpatutan untuk beliau mengadakan bengkel-bengkel.


Tahun demi tahun berlalu dan beliau hanya mengajar pelajar dari rumah sahaja. Pada April 2019, beliau telah berpeluang menimba ilmu di Kolej Komuniti Selayang dalam bidang ebook. Beliau telah berkenal dengan Mejar Hasrul Roslan – merupakan seorang yang bertanggungjawab memberi sokongan dan juga merupkan master trainer dalam bidang ebook.





Dalam masa sama beliau telah Berjaya merealisasikan impian dengan menjadi seorang Penulis ebuku. Antara ebuku yang telah dikeluarkan ialah “ Fahami Gaya Belajar Anak” dan ‘Nota Smart Matematik”. Hari demi hari, bulan demi bulan banyak yang beliau telah belajar dalam bidang ebook sehinggalah beliau telah di lantik sebagai Certified Trainer ebook di Akademi Happy Shiro untuk ebook.
Alhamdulillah, kini beliau hanya menjana pendapatan dari rumah dengan memenuhi masa dengan Kelas Online Matematik dan juga Kelas Online Mudahnya eBook !!!

Jika anda berminat untuk mendapat info lanjut berkenaan kelas smart matematik untuk anak atau mahu tahu cara menjana pendapatan dalam penulisan ebook boleh berhubung dengan Cikgu Salina. Klik pautan dibawah untuk hubungi beliau.
Semoga kisah ini menjadi INSPIRASI untuk semua.




https://bit.ly/3cnuRQv

https://bit.ly/3cnuRQv

https://bit.ly/3cnuRQv

========================










No comments:

Post a Comment

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...