Saturday 25 April 2020

Manfaat Membaca Semasa PKP




Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghentikan rantaian virus covid19 telah memberi satu pengalaman baru kepada rakyat Malaysia. Setelah sebulan 'terkurung' di dalam rumah, pelbagai aktiviti dilakukan bersama keluarga. Namun aktiviti membaca juga boleh memberi banyak manfaat untuk semua. Menurut kajian, antara 3 manfaat membaca adalah seperti berikut:

1. Cerdaskan minda
Apabila berkurung di rumah maka pemikiran boleh menjadi tepu dan tidak cerdas. Ini disebabkan oleh penurunan aktiviti normal yang melibatkan penerimaan input baru semasa bertugas. Maka dengan membaca, otak akan sentiasa aktif menerima input yang baru.

2. Menyihatkan tubuh badan
Ramai tidak menyedari bahawa membaca juga mampu menyihatkan tubuh badan. Ini kerana apabila membaca, kita menjadi fokus dan berfikir menyebabkan aliran darah berjalan lancar ke otak. Bila aliran darah lancar maka tubuh juga sihat.

3. Hilangkan stress
Ini amat penting. Stress merupakan sejenis serangan yang kita tidak sedar simpton. Bahan bacaan yang pelbagai mampu menghindarkan kita dari gejala stress. Bacalah buku yang anda minat.

Apa lagi, jom dapatkan buku atau sebarang bahan bacaan. Hidupkan budaya membaca di rumah.

========================


Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?

Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?

Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog



No comments:

Post a Comment

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...