Thursday 23 April 2020

PKP Buka Peluang Keusahawanan Graduan Kolej Komuniti-Inspirasi






Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan  bagi memutuskan rantaian virus covid19 telah memberi kesan kepada ramai golongan. Bagi Mohd Iqbal iaitu graduan bidang perhotelan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka, turut terkesan kerana tidak dapat meneruskan tugas kerana masih berstatus kontrak. Namun segalanya berubah kerana PKP ini merubah hidupnya untuk memulakan aktiviti keusahawanan hasil dari ilmu yang dipelajari dahulu dalam bidang masakan. Sepanjang PKP beliau memulakan perniagaan makanan ringkas iaitu Cheesee blackpepper Meatball dan Chicken ball di kawasan perumahan beliau sahaja di Kota Damansara. Harga pula amat berpatutan iaitu set besar RM30 dan set kecil RM7. Penghantaran dilakukan sendiri dua kali sehari.




Sewaktu dihubungi oleh academyshironews.com,beliau akan menyediakan khidmat yang sama sepanjang Ramadhan. Bagi beliau ini merupakan nikmat yang beliau tidak jangka kerana dalam sehari dapat 20-30. tempahan. Kisah Iqbal ini boleh menjadi inspirasi kepada golongan muda agar kreatif menggunakan kemahiran yang ada untuk menceburi bidang keusahawanan. Bagi penduduk Kota Damansara yang mahu merasai keenakan menu dari Iqbal boleh whapsapp beliau dipautan dibawah. Pihak academyshironews.com juga telah merasai air tangan beliau dan tidak dinafikan memang setanding menu di cafe masakan barat lain.


https://wapp.my/60169600395/Nak+order



========================



Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?
Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?
Hubungi admin segera.

https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog

No comments:

Post a Comment

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...