Thursday 7 May 2020

'Wak J' Ikhlas Hiburkan Masyarakat di Waktu PKP



Norafiszal Sabuan atau lebih dikenali sebagai Wak J. Merupakan seorang Freelance DJ memeriahkan malah menghidupkan pelbagai majlis keraian seperti yang dikehendaki pelanggan. Beliau yang juga anggota TUDM yang penuh dedikasi turut menjadi keutamaan mengacarakan majlis-majlis anjuran perkhidmatan. 


Kepetahan komunikasi  dan keyakinan diri yang tinggi telah membantu menjayakan apa jua majlis. Namun, terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP baru-baru ini, beliau tidak dapat meneruskan perniagaan sampingan iaitu sebagai DJ dimajlis perkahwinan serta keraian. Namun kerana jiwa yang ikhlas menghiburkan orang ramai, beliau telah menjadikan PKP ini sebagai medan mewujudkan konti radio sendiri di rumah menggunakan Facebook Live untuk menghiburkan masyakarat pada setiap malam. 


Pada mulanya hanya suka-suka tetapi malam pertama sahaja beliau berjaya mendapat lebih 10 ribu views penonton!. Tanpa memandang kebelakang beliau teruskan setiap malam hingga kini dan waktu siaran biasanya bermula jam 10malam dan mempunyai tema lagu berbeza. Kini sempena Ramadhan, beliau juga bersiaran di waktu petang apabila lapang. Kesan dari tarikan ramai, beliau turut membantu mempromosi produk perniagaan rakan-rakan malah menyampaikan mesej #stayathome kepada masyakarat. 


Bukan itu saja, Wak J turut mengusahakan perniagaan kerepek pisang tanduk homemade beliau dan dijual di kawasan perumahan Saujana Utama Sg Buloh. Didalam perkhidmatan TUDM, wak J membuktikan kecemerlangan apabila pernah dipilih sebagai Airmen of the year oleh TUDM. Sikap positif Wak J boleh dijadikan contoh kepada masyarakat bahawa gunakan apa kepakaran yang ada untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat Wak J event management boleh berhubung seperti di pautan berikut:

https://wapp.my/60127821665/Hello+waj+J+event

FB Santai.fm
https://www.facebook.com/Santaifm-102561784758613/


========================


Berminat iklan produk/perkhidmatan anda di blog ini?


Berminat berkongsi ilmu atau kepakaran untuk masyarakat?



Hubungi admin segera.


https://wapp.my/601125618098/Nak+iklan+diblog






No comments:

Post a Comment

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...