Monday 13 April 2020

PKPD sebahagian Sg Lui ditamatkan malam tadi, Simpang Renggam terus hingga 28 April 2020


KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu 21 hingga Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat ditamatkan malam tadi, kecuali bagi Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, Hulu Langat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan selepas tiada kes baharu dicatatkan di kawasan berkenaan. 
Namun, katanya pelaksanaan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan lagi sehingga 28 April ini berikutan penambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan penduduk. 
Sumber berita:

No comments:

Post a Comment

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...