Friday 12 June 2020

KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified Trainer dibawah Master Shiro Global Academy. Kursus yang dikenali sebagai Evenchise Transformation Course ETC dan Train The Trainer TTT ini telah bermula dari 8 Jun 2020 hingga 10 Jun 2020.





Ini merupakan siri kesebelas anjuran akademi menggunakan kaedah video rakaman. Kaedah ini telah memberi impak positif kerana para peserta lebih mudah malah mampu menguruskan masa sendiri untuk melaksanakan tugasan.Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah bagi memastikan usahawan e-book store benar-benar memahami konsep perniagaan malah mampu menjadi tenaga pengajar yang baik kelak disamping menjana pendapatan lumayan.







Kesemua peserta juga telah lulus dengan cemerlang dalam ujian yang disediakan dan tanggal 10 Jun 2020 , jam 9.30malam kesemua peserta ditauliahkan secara live melalui aplikasi Zoom. Kursus kali ini merakamkan sejarah kerana buat pertama kali dilaksanakan melalui dalam talian malah paling ramai penyertaan. Bukan itu saja, peserta adalah daripada pelbagai latarbelakang profesional hingga merentas benua hingga ke Ireland. Tahniah kepada semua Certified Trainer kursus ETC&TTT siri 11/2020!







KURSUS USAHAWAN EVENCHISE E-BOOK STORE LAHIRKAN 21 TRAINER BARU

Setelah mengharungi 3 hari kursus secara dalam talian, 21 usahawan program Evenchise E-Book Store telah berjaya diiktiraf sebagai Certified ...